Friday, June 10, 2011

BINTANGMUTIARA.COM

assalamualaikum....

buat2 kawan yang comel2 belaka.....saya nak btau ni....hehehe....

saya nak berpindah ke domain baru!!!!

sila klik bintangmutiara.com follow kata sana k...

jumpe u all di sana... muuuuuuuuuuuuuuuuuuuuah2.. :)



Wednesday, June 8, 2011

DUGAAN......

selamat petang kawan2....arini mood ketat jek...moody n rasa nak suami ada je kt sebelah ni 24jam..tapi nak wat camane..dia keje cari rezeki...kalau tak keje kang, makan batu plak hari2..hukhukhuk...tapi siyesly nak ada seseorang disisi sebab nak nanges n peluk someone..hurm..... 2,3 arini dugaan datang bertimpa2....rasa payahnya nak teruskan hidup..rasa berat sangat segala2nya..tak tahu nak mengadu dengan sapa...rasa diri ni lah paling malang kt dunia ni...tapi bila terjumpe video ni...baru tersedar..(sebenarnye dah lama sedar, tapi wat2 tak sedar)..yang rupanya ada lagi orang lebih malang n susah dari saya...kawan2 mesti dah tengok video ni kan...sian dia...dari kecik dah rasa macam2 dugaan hidup.... tak tahu macamana kalau saya ada kt tempat dia..mesti ari2 nanges...dan mesti saya tak gemuk camni...lalalala...


sedih sangat kan hidup dia...sesusah2 saya ni, ada jugak mak ayah, adik beradik jadi tempat mengadu..ada suami yang prihatin...tapi dia camane...sian dia....seb bek suara dia sedap sangat...hope die bleh la ubah hidup dia nanti jadi lebih baik......

dan video kat bawah ni, untuk kuatkan semangat saya balik.....semangat yang tah lari kemana.... hurm.....malas la nak cakap bebanyak...rasa nak lempang orang pun ada..ada sesapa yang volunter nak kena lempang sila angkat tangan!!!!! lalalalalala.....ok sesapa yang sedih2 tu, JANGAN MENYERAH yek...kuatkan semangat...doakan ada pelangi selepas hujan ok!!!!



JOM MAKAN!!

p/s: budak gemuk!!!!

Monday, June 6, 2011

10kgs in 2 MONTHS????

wowowowowowow......camane2 ni.....tolong2!!!! lalalalalalalala~~~~ da bengong rasanya.....

hurm.....td pegi hospital wat check up something.....then doct nasihatkan supaya berat dah turun 10kg masa apointment seterusnya.... haaa???? next apointment dalam 2bulan lagi???? 10kg dalam 2 bulan??? aiyak!!!! apa nak wat ni??? huwaaaaaaaaaaa.....tadi timbang, naik sekilo....hohoho....seb bek naik sikit je dalam masa 4 bulan.... (sikit ko kata??? naik sangat2 la senang.... nak turun????) arghhhhhhhhhhhhhhh..stressnya..

boleh ke turun dalam 2bulan je ni??? 2 bulan taw....dats mean 5kg sebulan......adoi.....nak kena makan apa ni?? jusmate?? rxlite?? pil kurus?? hohohoho.... kena gi gym ari2 la nampaknya.....takpun kecek suami suh beli treadmill je la.... ;-p fening2.....rasa nak lompat2 je ari2 sampai 2 bulan, maunya 20kilo hilang..hahahha...  tapi leh ke konsisten..sejak "sesuatu" tu dah tak betul, memang selera naik mencanak2....nak makan je...lagi2 kalau "sesuatu" tu nak datang.....memang makan nasi tak kenyang2.....camane la ni yek.. :(

risau sangat.......ada ke tips nak kurus cepat...huhuhu...tak kurus pun takpe, janji kurang jugak....tapi tak mustahil kan... alahai..."nak seribu daya, taknak seribu dalih" kata dalam hati ini...tapi saya punya seribu satu alasan...hohoho....takpelah...slow2 ok...kawan2 doakan saya berjaya ek.....heheheh..thanks all...kalau ada tips, mai la share dengan saya..... :)

p/s: update dari kedai makan Sri Gombak...... baru order mihun sup siam.... lalalalalla.... (janji malam ni makan malam last....huhuhu... ;p)

Sunday, June 5, 2011

FOLLOWER KE-888??

HEPI SANGAT2!!!!! hehehe....

hilang penat membasuh halaman rumah dan cuci kereta dengan suami sambil2 main hujan bila masuk2 je rumah terus on laptop dan buka blog BINTANGMUTIARA ni dan baca komen salah seorang reader pada entry "bir Halal" :
Adyshariz said...
salam
u ada menang something kat sini
http://adyshariz.blogspot.com/2011/06/follower-bertuah-yg-ke-888.html
sila hantar detail ya
tq
wowwwwwwwwwwwww!!!!!! seronoknya!!!!! hepi bangat2..... tak sangka follow2 blog orang lain, dapat gak hadiah coz jadi follower ke 888...bertuah la no ni...hehehe...rasa dihargai sangat2..ni yg berkobar2 nak jadi "blogger tegar" ni..hikhikhik... (BEE dan DELL jangan jeles yek...anda boleh cuba lagi.. :-p)

thanks sangat2 pada http://adyshariz.blogspot.com/ kerana bagi saya penghargaan ni....


thanks sis..... :))

p/s: saya pun nak bagi hadiah jugak kt readers bertuah..tapi tengah pikir2 category ape yek??? ;-p

Thursday, June 2, 2011

HENTIKAN PENGGUNAAN ISTILAH "BIR HALAL"!!!

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini meminta semua pihak supaya menghentikan penggunaan istilah "bir halal" kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan terutama di kalangan umat Islam.
Beliau berkata ini kerana perkataan "bir" tidak sesuai untuk digunakan sebagai minuman yang tidak beralkohol kerana umat Islam telah sedia maklum bahawa bir adalah minuman yang haram.
Mengenai isu minuman "bir halal" yang diimport dari luar negara Jamil berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet selepas pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) melakukan kajian terhadapnya.
Beliau berkata Jakim akan berpandukan kepada keputusan majlis fatwa kebangsaan bahawa paras alkohol yang dibenarkan dalam makanan dan minuman ialah 0.01 peratus dan sekiranya didapati melebihi, ia dianggap haram bagi umat Islam.
Jamil Khir berkata sijil halal yang terdapat pada minuman tersebut juga bukan dikeluarkan oleh Jakim tetapi oleh negara pengeluar minuman tersebut.
(Sumber : Harian Metro)

ok..so lepas ni no more "Bir Halal"...teruk sangat nama tu....buat orang syubhah je....dan seelok2nya tak payah la minum air tu..bukan sedap pun..baik minum air masak je..lagi sihat dan bersih.... :)


CAMPAK BABY????

sedih gile baca berita hari ni...bayi dicampak gitu je....sedih sangat2....saya ni dah kawin dekat 2 tahun, tapi masih belum ada rezeki lagi...dan berusaha macam2 untuk dapatkan baby...tapi diorg senang2 je mengandung, pastu menanggung perut 9 bulan, bila dah lahir, buang macam tu je...kalau taknak pun bagilah orang2 yang teringin sangat nak anak...korang ni tak paham bahasa ke?? hurm...kalau diorg paham bahasa, mesti diorg takkan buang baby tu kan..sebab selama ni dah banyak KEMPEN JANGAN BUANG BAYI, KEMPEN JAUHI ZINA, macam2 kempen lagi..tapi dah diorg ni jenis BODOH, TAK PAHAM BAHASA, macam tu la..takpe, skrg ko buang2 la kan..nanti kalau ko kawen (rasanya orang yang dah kawen takkan buang anak kandung dia kan....) and nak sangat anak, tapi tak dapat, masa tu baru ko tau macamana nyesalnya ko buang baby ko dulu...susah nak cakap dengan orang bodoh yg suka buang anak ni...



"KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.
Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu.
 
Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan.
Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.
“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis.
 
Pengerusi Rukun Tetangga pangsapuri berkenaan, Ramli Abd Aziz, 43, berkata selama 17 tahun menetap di situ, ini kali pertama kejadian pembuangan bayi secara kejam berlaku.
“Geram apabila difikirkan mereka melakukan perbuatan kejam itu dan sayu rasanya ketika saya melihat darah bayi itu yang keluar dari kepalanya.
“Perasaan sedih kuat menyelubungi diri saya, tapi hendak menangis pun tidak berguna kerana kejadian sudah berlaku,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dicampak dari tempat tinggi iaitu pangsapuri berhampiran berdasarkan kecederaan parah pada kepalanya.
Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu pada kira-kira jam 12.30 tengah malam dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati bayi yang cukup sifat itu besar kemungkinan baru dilahirkan berikutan masih bertali pusat.
“Di sebelah mayat bayi itu turut ditemui beg plastik yang mengandungi uri,” katanya yang merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu segera menghubungi polis.
 
Kes pembunuhan dan pembuangan bayi ini yang ketiga berlaku di Lembah Klang dalam seminggu. Harian Metro semalam melaporkan mengenai penemuan mayat seorang bayi tersangkut di celah batu di Sungai Gombak, berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, jam 9 pagi, kelmarin.
Bayi perempuan itu dibawa arus sungai berkenaan ke kawasan itu berikutan maklumat orang awam menyatakan ternampak kelibat ‘anak patung’ terapung di kawasan berdekatan Stesen LRT Titiwangsa. 
Pada 27 Mei lalu pula seorang penuntut kolej swasta berusia awal 20-an nekad menyimpan mayat bayi lelaki cukup sifat dilahirkannya dalam almari di bilik sebuah rumah di Cheras di sini, selama dua hari.
Penuntut terbabit melahirkan bayinya sendirian dan bayi itu dipercayai mati sejurus dilahirkan sebelum menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, selepas berasa bersalah dengan tindakannya.
Penuntut itu hadir ke balai polis sambil mendukung mayat bayinya yang dibalut tuala. "
(sumber Harian Metro)

p/s : baby tu dah tentu masuk syurga.... :)

MOVIE!!!! KEPINGIN SANGAT!!!

rasanya macam dah lama sangat tak tengok movie....bulan ni banyak cite2 best...ingatkan boleh layan movie puas2 dengan suami..tapi....suami plak busylah sangat2 bulan ni..pergi kerja pukul 5.30 pagi, balik kerja pukul 10malam...bila masanya nak pegi wayang...huwaaaaaaaaaaaa.....weekend pun busy je manjang, dengan kenduri ke sana sini, pergi hospital, uruskan itu ini, suami pn busy dengan kerja, tahla bila bleh dating2 gi tengok wayang....tu la, time free taknak pergi....(padan muka!!)...




DARUSSYIFA

Assalamualaikum dan Selamat petang semua....harap semua bahagia2 belaka... :)

arini saya nak share dengan kawan2 tentang



di atas ni lawan web Darussyifa.....

saya nasihatkan kalau anda terasa ada sakit yang bukan2, atau berperangai pelik (macam buang tebiat tu) baiklah pergi berubat cepat2, takpun try pergi Darussyifa ni..mana tahu, dengan izin Allah, dapat sembuh penyakit tu...tapi kalau boleh pergi lah masa hari bekerja, sebab tak berapa ramai orang datang..(tak ramai pun, kena queue jugak lah..) so bayangkan kalau pergi time weekend, jenuh nak menunggu....


ini bangunan Darussyifa' di Bangi...

perkarangan Darussyifa ni, adalah kawasan perumahan...banglo2...so tempat parking tak banyak..sebab tu saya suggest pergilah time waktu kerja..ambik lah cuti sehari, then berubat, sebelum melarat...
setakat ni, perubatan kat Darussyifa' ni Alhamdullilah dengan izin Allah S.W.T berkesan..tapi ikut diri masing2 lah kan...nak berubat kat sini, bukan semata2 sakit "gangguan2" ke, "santau" ke, or buatan orang...sakit2 lain pun boleh datang...insyaAllah, ustaz2 di sana akan bagi panduan macamana mengubati penyakit2 anda...


ni peta untuk ke Darussyifa'...senang je nak cari....guna GPS pun boleh...

alamat : 

PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA
No 5. Jalan 1/7D, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Telefon & Fax: 03-89250443
Email: alsyifa@streamyx.com

Gps - 2° 56' 57"N , 101° 46' 8" E


(seperti yang tertera dalam laman Web DARUSSYIFA')

p/s: ustaz pesan, time maghrib jangan keluar pergi pasar..masa ni syaitan tengah keluar "cari makan"...  :)

SOTONG LIMAU STIM

menu sotong ni pun saya selalu masak...tapi tak pernah ambil gambar...sebab tak sempat ambil gambar, dah kena ngap dulu....huhuhu...simple sangat ni..macam ala2 kerabu sotong pun ye....jom kita tengok resepinye...

Bahan2nya.....

200 gm sotong (kalau leh, yang besar2)
5 sudu makan jus limau nipis
6 biji cili padi (racik2)
2 biji bawang putih (racik2)
2 sudu makan sos ikan
Gula
Air

Cara2nya...

Rebus sotong sampai masak...dah masak tapis sotong supaya kurang airnya...
rebus air, bawang putih, cili padi, sos ikan dan jus limau dan gula secukupnya sehingga didih...
Masukkan sotong yang dah masak dan dipotong bulat2..

SIAP!!!!


p/s: kalau nak tambah timun, kacang panjang, serai, pun bleh..dah jadi kerabu sotong.. :)

ASAM REBUS IKAN KEMBUNG

masakan ni memang feveret saya dengan suami...tapi masakan orang malas bak kata KAWAN saya ni..hehehe....memang kalau time busy, or time mood swing je masak lauk ni...tak pun time hujung bulan...hikhikhik...paling simple sangat tapi sedap sangat!!! kawan2 try la... selalu kalau masak lauk ni, saya tak pernah amik pict..sebab macam simple sangat je...tapi arini ada request dari seorang saudari supaya letakkan resepi2 rebus2 ni...so saya post la entry ni tanpa gambar...kemudian2 saya upload ok... :)

Bahan2nya....

4 ekor ikan kembung
5 tangkai cili padi (tumbuk)
kunyit hidup sebesar ibu jari(tumbuk)
2 keping asam keping
3 cawan air
garam

cara2nya...

tuang air dalam periuk...masukkan asam keping, cili padi dan kunyit...
panaskan air sehingga mendidih...
masukkan ikan kembung dan garam secukup rasa..

SIAP!!!!

IKAN KEMBUNG PEPES

Bahan2nya..

4  ekor ikan kembung
daun pisang secukupnya

bahan2 di bawah di kisar lumat

9 biji bawang merah
4 biji bawang putih
10 biji cili padi
2 biji buah keras
kunyit hidup sebesar ibu jari
lengkuas sebesar ibu jari
2 biji tomato
setangkai daun bawang
garam

Cara2nya...

Perap ikan kembung dengan bahan yang di kisar selama sejam
Bungkus ikan dalam daun pisang
Kukus selama 15minit
kemudian keluarkan dari kukusan dan bakar selama 10minit..

SIAP!!!

p/s: gambar akan diupload kemudian...hukhuk

Wednesday, June 1, 2011

Prince William Divorces Kate Middleton After 5 Weeks

"I Made A Terrible Mistake" Says Heir To British Throne.....

erkk..betul ke ni?? kawen punye la gempak...last2 cerai....baru je brape minggu kawen... sian Kate.... :(


LONDON—Barely a month after marrying 29-year-old Kate Middleton in a royal wedding ceremony watched by an estimated 2 billion people worldwide, Prince William announced Tuesday that he and Middleton have divorced and that the entire marriage was "a tremendous mistake in every possible regard." "I really don't know what I was thinking—we're a terrible match, I don't love her and never have, and, to be honest, I never really had any interest in being married in the first place," announced the now unattached Prince William to a dead-silent British press corps. "People thought our wedding was some sort of fairy tale, but I assure you it was all just some ghastly ceremonial farce that got out of hand. I'm just relieved it's over, frankly. And I'm glad I'll never have to see that awful woman again." Prince William then told the assembled reporters, "Well, see you all later," smiled, and walked back into Buckingham Palace.
(sumber =  http://www.theonion.com/articles/prince-william-divorces-kate-middleton-after-5-wee,20648/)

Ke just khabar angin jek???

p/s ; kenali lah dulu suami/isteri anda sebelum buat keputusan mcm gini....

MY CITYVILLE :(

masalah-masalah.....


(klik gambar utk lebih paham)

camane ye nak setel prob ni?? (macam serius sangat la plak...huhuhu)....tapi dah seronok2 main, pesal jadi camni...ke saya yg x reti main sebenarnye??? :(

SENYUM TAK PERLU KATA APA2

daripada kita melayan cite tah apa2, baik makan coklat ni.....sesuai untuk menceriakan hari2 anda...



p/s: makin bulat la nampaknye.... (-__-")

KESAH APE AKU BUKAN VIRGIN???

hukhuk..cam malu plak nak tulis entry ni... tapi skrg ni ramai blogger dok cakap pasal kes budak ni... ayooooo...ape nak jadi la budak2 zaman skrg.....umur belasan tahun lagi dah berani mengaku yang dia dah takde dara...bangga sangat ke??? suka hati ko lah kan nak ada dara ke tak..tapi perlu ke nak ngaku secara public gitu....hurm.....malunye.......(tapi dia tak malu pun, watpe aku nak sibuk2 malu..) cuba baca SINI....



(ni printscreen dari blog budak ni)

dia bangga kan???? nape saya sibuk2 nak malu....dia tak kisah pun dia takde virgin......so watpe saya nak kisah...tapi..saya takut kalau budak2 seremaja macam dia bila terbaca entry tu, diorg pun rasa bangga nak ngaku yang dara diorg tu dah takde dara.....dari cerita dalam blog dia, rasanya budak ni jenis sosial kot..sebab berkawan n berkapel kejap2 dgn laki ni, jap2 laki lain plak dia panggil bie, macam2lah....

tiba2 takde mood plak nak ulas panjang2.... harap2 budak ni insaf la yek....masa muda panjang lagi......tak semestinya ko kawen dgn orang yang hilangkan dara ko....tapi kesah ape die kawen dgn sape2 pon.....dia kesah ape kan??? zzzzzzzzzzzzzzz....

SAKIT GIGI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

TOLONG!!!!!!!!!!!!!!!

GIGI SAYA SAKIT GILE2!!!!

APE NAK WAT NIE!!!!!

ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!

NAK LETAK APE KASI DIE OK??????

TOLONG TOLONG TOLONG!!!!

(-__-")

MEE UDANG

arini rajin pulak nak post resepi2...bersemangat nih!!! :-P 
resepi entry kali ni, sebenarnya dah lama dah buat..tapi tak dan nak upload...nak kata busy sgt tu, tak jugak....nak kata free, memang free pon.....MALAS kot......hehehe...(ah...biarlah saya malas pun..bukannya kacau laki orang pun...hikhikhik).. eh..melalut plak....ok2, ni resepi mee udang...ni dapat dari seorang sahabat suami...orang utara je terrer buat mee udang ni....heheh..tapi saya dah pandai buat dah..lalalalallala...




bahan2nya.....

1 kilo mee kuning (celur dengan air panas, dan bilas supaya hilang rasa tak best)
1 kilo udang (rebus dan asingkan kepala udang dan kisar hancur kepala udang, air rebusan udang di simpan)
15 tangkai cili kering ( rebus dan kisar)
3 biji bawang putih (kisar)
4 biji bawang merah (kisar)
3 biji kentang (rebus dan kisar)
sos cili
sos tomato
gula, garam, air, minyak
daun bawang, taugeh, sawi, daun sup, bawang goreng

cara2nya....

panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah sehingga naik bau...
masukkan cili kisar dan tumis sampai naik minyak...
masukkan air rebusan udang dan air kepala udang tadi..
didihkan sekejap...
masukkan kentang kisar tadi..untuk memekatkan kuah...
masukkan garam, sos cili, sos tomato, dan gula mengikut rasa masing2...
panaskan sehingga mendidih...dan masukkan udang...
SIAP!!!

sayuran2 hendaklah dicelur dahulu, dan siap untuk dihidang.... :)

KACANG KUDA REBUS BEREMPAH

bosannya petang ni....tunggu suami balik keje, tak sampai2 lagi., jadi lapar plak perut ni..lately, tekak ni asek nak makan jek...asek lapar manjang...tak taw pesal...nak datang bulan kot..huhuhu... so sambil2 tunggu suami balik tu, sempatlah jugak buat makanan ringan ni...dah lama tak buat..last2 makan masa arwah mak ada lagi....dalam 5-6 tahun jugak lah...buat ni pun main teka2 je la bahan2nya....tapi sedap jugak...hehehe

ni saya share resepi dengan semua....


Bahan2nya...

1/2 kilo Kacang Kuda 
(direbus dengan sedikit garam sehingga empuk)

Rempah2nya...

5 tangkai cili kering (rendam dan basuh)
5 sudu serbuk kari (gaul dengan air 5 sudu)
4 sudu serbuk cili allagapas
1 biji bawang besar (potong bulat2)
minyak
garam

panaskan minyak, tumis bawang besar dan cili kering....
dah naik bau, masukkan serbuk kari...
tumis sampai naik minyak....
tambah garam secukup rasa......
dan masukkan kacang yang dah direbus tadi...
gaul sampai rata rempah2nya....
dan hidang!!!!

p/s: makan panas2 memang sedap giler~~~