Sunday, September 19, 2010

PECAL JAWA



Bahan2 utk Kuah PEcal

200gm kacang tanah ( disangan @ goreng tanpa minyak, kemudian kisar halus)
20 tangkai cili kering (rendam dalam air panas)
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 inci cekur @ kencur
3 inci belacan
2 sudu asam jawa
gula
garam secukupnya

cara2nya...

panaskan kuali dan sedikit minyak....
masukkan cili kering, bawang merah, bawang putih, cekur, belacan dan asam jawa (buang bijinya)...
goreng sampai layu....
setelah layu, keluarkan dari kuali dan tumbuk atau kisar, bersama gula dan garam...
tumbuk atau kisar sehingga hancur dan halus..
kemudian, gaulkan bahan2 yg dikisar tadi bersama dengan kacang....
gaul sehingga sebati dan sedap... :)
sampai waktu hendak makan, campurkan dengan air panas supaya ia berkuah...kepekatan kuah terpulang kepada anda samada mahu pekat atau cair...
tuang kuah pecal ke atas campuran sayur yang telah di celur....
sedap di makan dengan pucuk ubi, pucuk paku, timun, kacang panjang, kacang botol, tauge dan lain2...

selamat mencuba... :)

No comments:

Post a Comment