Monday, May 30, 2011

ISTAK HALAL @ HARAM??????????!!!!!!

Lately, ramai betul orang dok bercerita tentang "bir" halal ni...ade ke "bir" halal??? erm....selama ni saya tak pernah pulak tahu minuman ni dipanggil "bir" halal....tapi masa mula2 tengok tin minuman ni (suami bawak balik dari kem coz katanya ada ceramah psl air ni...suami cakap air kesihatan), hati jadi was2 sangat....

sebelum ni tak pernah nampak pun air ni...at first sight, dah terdetik "eh, macam arak la.."..design sebijik giler macam arak.....kalau tak caya tengok gambar bawah ni...cume ade tulisan jawi...dan katanya air ni datang dari Arab....hurm....tapi suami dh beli kan...lagipun katanya halal....so try je la...bila tuang dalam cawan...errrr...kalernye macam air apple tu...mcm kaler air teh....terus tak berani minum...sbb kalau saya was2 n minum jugak, jatuh haram nanti...so saya biarkan je suami minum..



(kredit gambar pada pakcik gugel..)

masa mula2 minum, suami terus cakap badan dia panas je.....agak pening pun ye jugak...tp katanya air kesihatan kan..maybe tu effect awal2nya kot....nanti2 ok la tu....pas habis setin takde pa2 la perubahan pun...alhamdulillah..so maknanya memang air ni bukan air bukan2 la kan....tapi....setelah setahun berlalu...tiba2 keluar berita ni :-

"JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus. “Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi. “Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.

Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah. Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan. “Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol. “Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian. Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol. “Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya. “JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya."

aduhhhhhh....ada alcohol rupanya minuman ni.....hurm....sekarang ni macam2 hal la....susah nak cari yang halal padahal negara ni negara ISLAM!!!!... takot betul la........so pasni memang takkan minum la air yang macam ni....biarla seakan2 ke, ape ke....say no to haram thingy!!!!!

p/s : katanya Secret Recipe n Ikea Meatball pun haram...... ke rumors je??? wallahualam...kena check dengan JAKIM.....

(kredit utk APA MAU JADI)

4 comments:

  1. Eh, yang ni pun ada ke? Yang saya dengar Barbican. Yang ni tak pernah tengok lagi. Bahaya betul.

    ReplyDelete
  2. hurm...tu la....yg ni suami saye penah minum...memang panas...huhuhu...so pasni kena berhati2 la kan...

    ReplyDelete
  3. skang ni, pensijilan halal ntah boleh caya ntah tidak. macam kat bank jugak. bank2 hanya perlu membayar ulamak2 supaya mereka mengeluarkan kenyataan, bank itu adalah bank islam. jadi, x hairan kalau arak pun dihalalkan

    dan apa yg pelik, ada pulak 'bir halal'. babi halal ada x?

    pembetulan, skang mana ada NEGARA ISLAM. malaysia pun negara kafir

    ReplyDelete
  4. babi halal?? hihihi... erm...tula malaysia pn dh mcm bukan negara Islam dh..semuanya haram2.... grrr....~~~

    ReplyDelete