Thursday, June 2, 2011

HENTIKAN PENGGUNAAN ISTILAH "BIR HALAL"!!!

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini meminta semua pihak supaya menghentikan penggunaan istilah "bir halal" kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan terutama di kalangan umat Islam.
Beliau berkata ini kerana perkataan "bir" tidak sesuai untuk digunakan sebagai minuman yang tidak beralkohol kerana umat Islam telah sedia maklum bahawa bir adalah minuman yang haram.
Mengenai isu minuman "bir halal" yang diimport dari luar negara Jamil berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet selepas pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) melakukan kajian terhadapnya.
Beliau berkata Jakim akan berpandukan kepada keputusan majlis fatwa kebangsaan bahawa paras alkohol yang dibenarkan dalam makanan dan minuman ialah 0.01 peratus dan sekiranya didapati melebihi, ia dianggap haram bagi umat Islam.
Jamil Khir berkata sijil halal yang terdapat pada minuman tersebut juga bukan dikeluarkan oleh Jakim tetapi oleh negara pengeluar minuman tersebut.
(Sumber : Harian Metro)

ok..so lepas ni no more "Bir Halal"...teruk sangat nama tu....buat orang syubhah je....dan seelok2nya tak payah la minum air tu..bukan sedap pun..baik minum air masak je..lagi sihat dan bersih.... :)


4 comments:

  1. betul2..banyak lagi air sedap macam air oren twister ke? (feveret..hehe)..

    MINDA ... TEMPAT SETIAP PERKARA YANG KITA NAK BUAT BERMULA...

    ReplyDelete
  2. hehehe..my feveret jugak tu...cedap2.... :)

    thanks sudi melawat... :)

    ReplyDelete
  3. salam

    u ada menang something kat sini

    http://adyshariz.blogspot.com/2011/06/follower-bertuah-yg-ke-888.html

    sila hantar detail ya

    tq

    ReplyDelete
  4. wah..thanks so much...hehehehe...
    hepinye.... :)

    ReplyDelete